Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Saturday 25 January 2014

Qari EMAS , Qari MUDA :)



..::: PERJALANAN SEORANG QARI JUNIOR :::..




SUASANA ruang tamu di salah sebuah kuarters kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar yang didiami oleh pasangan Fajuri Mamat, 43, dan isterinya Haniza. Abd Jalil, 42 agak hening seketika.

Sayup-sayup kedengaran suara seorang remaja lelaki sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lagu yang merdu dan mengasyikkan.

Daripada raut wajah remaja itu jelas dia sedang khusyuk menyudahkan baris-baris akhir ayat-ayat yang tertera dalam kitab suci di hadapannya itu.

Bagaimanapun dia tidak berseorangan, seorang lelaki berkopiah putih berada bersamanya, meneliti setiap baris ayat yang dibacakannya sambil sesekali menganguk-anggukkan kepala.

Bagi Muhammad Thaqif, 13, atau lebih mesra dengan panggilan Thaqif itulah rutin hariannya sejak berusia lima tahun lagi.

Bapanya, Fajuri atau lebih dikenali sebagi Ustaz Fajuri di kalangan kakitangan TNB merupakan seorang pegawai agama dan guru pertama yang mengajarnya tentang al-Quran. Bermula daripada proses mengenal huruf sehinggalah beliau boleh membaca sambil bertaranum.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, proses tersebut tidak berlaku sekelip mata, sebaliknya memerlukan latihan selama bertahun-tahun, malah sehingga kini pun beliau masih belajar dan memperbaiki corak bacaan yang dilakukan.

FAJURI (kanan) akan memastikan anak-anaknya termasuk Thaqif membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka selepas solat Subuh.


Kata Thaqif, antara perkara rutin yang sering dilakukan oleh mereka ialah wajib membaca sekurang-kurang satu muka al-Quran selepas solat Subuh.

"Sebagai guru, bapa seorang yang tegas, dia tidak akan berkompromi jika ada antara kami yang ingkar. Jika ada kesempatan, saya akan mengaji secara bersendirian di dalam bilik untuk memperbaiki bacaan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan bacaan," katanya yang sudah khatam al-Quran lebih sepuluh kali.

Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar itu memberitahu, beliau banyak didedahkan dengan bacaan al-Quran secara bertaranum berserta qiraat ketika keluarganya tinggal di Mesir beberapa tahun lalu.

Ketika itu, bapanya sedang melanjutkan pelajaran dalam pengajian Takhassus al-Quran wal-Qiraat di salah sebuah pusat pengajian tinggi Islam di sana.

Selain sering mengikuti pertandingan tilawah al-Quran, Thaqif juga sering dibawa ke Masjid Saidina Hussein tempat bapanya menjalani kuliah.

Tradisi masyarakat Mesir yang sering memanggil qari dan qariah terkemuka Mesir seperti Dr. Ahmad Naina dan Syaikh Mustaffa Ismail membaca al-Quran pada majlis-majlis rasmi atau upacara kematian menyebabkan Thaqif semakin berminat mendalami bidang taranum.

Sekembalinya keluarga Thaqif ke Malaysia, Thaqif mula berguru daripada bapanya di samping mendengar kaset bacaan qari dan qariah terkemuka pada waktu yang terluang.

Serlahkan bakat

Dari situ, bakatnya semakin teserlah dan dia mula didedahkan dengan pelbagai pertandingan tilawah al-Quran yang diadakan bermula di peringkat TNB, sekolah dan seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan.

Antara kejayaan manis yang pernah dicapai ialah menjadi Johan Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (2007/2008); Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan TNB bagi kategori kanak-kanak (2007/2009) dan Naib Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2008.

Terbaru, kejayaan yang dicapainya ialah menjadi Johan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan, KPM pada tahun 2009.




Mengambil juara Akademi al-Quran (AQ) musim pertama, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai idolanya, Thaqif kini sedang melanjutkan pelajaran di Mahaad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. Thaqif juga berguru dengan Ustaz Yahya Daud dan Ustaz Muhyiddin Daud yang pakar dalam bidang berkenaan.

''Saya memasang impian untuk menjadi seorang tahfiz pada masa hadapan di samping ingin memperbaiki corak dan kaedah bacaan sekali gus berpeluang mewakili Malaysia di peringkat kejohanan tilawah antarabangsa suatu hari nanti," katanya yang terlibat sebagai qari jemputan khas dan berpeluang memperdengarkan bacaan al-Quran sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.

Kini, Thaqif baru sahaja menghasilkan sebuah video cakera padat, Qari Emas: Bacaan al-Quran Bertaranum yang mengandungi beberapa surah yang dijual di pasaran.

Beliau memberitahu, mereka sekeluarga tidak pernah terlepas untuk menonton tilawah al-Quran yang disiarkan di kaca televisyen.

Pengalaman Thaqif turut dilalui oleh Siti Aisyah Baain, 13, yang merupakan pelajar Mahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriah, Kuantan.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu memberitahu, dia mula membaca al-Quran pada umur lima tahun selepas mendapat tunjuk ajar daripada ayahnya, Baain Ali, 46, seorang pesara tentera.

Mahir taranum

Khatam al-Quran buat kali pertama ketika berusia lapan tahun, dia kemudian didedahkan dengan kaedah pembacaan secara bertaranum oleh ayahnya itu.

"Ketika itu saya didedahkan dengan pelbagai tilawah al-Quran di peringkat sekolah dan berjaya menjadi johan dalam beberapa kategori yang diadakan," katanya yang ditemui pada uji bakat program realiti AQ baru-baru ini.

Antara kejayaan tertinggi yang pernah dicapainya ialah menjadi Juara Tilawah al-Quran Angkatan Tentera Malaysia kategori kanak-kanak pada 2007.

Selain dibimbing oleh ayahnya, beliau turut mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Johan Qariah Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman ketika berusia 11 tahun.

Berguru hampir satu tahun, dia mengakui telah banyak mempelajari kaedah bertaranum yang betul di samping teknik suara dan nafas ketika ketika membaca al-Quran.

"Bertaranum memerlukan latihan yang berterusan di samping stamina yang tinggi, jika tidak belum habis ayat lagi sudah habis nafas," ujarnya yang turut belajar kiraat di samping Pensyarah al-Quran di Darul Quran, Mohd. Nazri Abdullah.

Siti Aisyah yang bercita-cita menjadi tahfiz dan qariah terkemuka suatu hari nanti meluangkan masa dua atau tiga jam berlatih secara bersendirian.

"Jika dahulu saya gugup ketika berhadapan dengan di khalayak ramai, kini berkat latihan yang diamalkan ia boleh dianggap alah biasa tegal biasa," katanya yang semakin mahir dan mampu menguasai empat daripada tujuh jenis taranum.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2rPXCiqpc
Hakcipta terpelihara

Saturday 28 December 2013

Bukan Kerana Aku Tak CINTA ...

Assalamualaikumwarahmatullahi taala wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh .

BICARA HATI 

DARI JAUH KU BERLARI MENGEJAR MIMPI-MIMPI 

Cinta tak mengenal siapa ,
Cinta tak mengenal USIA .

Kadang cinta hadir tanpa sebab ,
Pergi tanpa pamitan .

Ya . *senyum*
Penuh dgn MISTERI .

Yang pasti setiap Insan yang Hadir ..
dalam hidup saya , awak dan kita semua ..
Pasti ada Hikmah yang MENANTI .

Persoalannya , apakah ia ?
Mungkin jawapannya bukan HARI ini ,
TAPI ,
Kemudian hari .

Tak tahu , aku tak tahu !
bila teringatkan kisah lama ..
Memori yang pernah mengukir 1001 makna ..
Mata mula ditakungi air mata ,
Linangan air mata perlahan-lahan
menyinggah di pipiku ,
Rupa-rupanya hati sakit 
Akhirnya menzahirkan rasa 
melalui air mata ...

Takku sangka insan itu mula hadir kembali 
tertanya-tanya aku dibuatnya ?
kenapa hadir disaat aku sudah mula melupakanmu !

Jikalau kau tahu
betapa sakit !
betapa pedih !
betapa seksa !
disaat aku ingin melepaskan kau pergi ..
kau takkan pernah hadir lagi .
TAKKAN .

*aku masih mampu mengukir senyuman*

Well ....

Bila dah cinta hati mana tak suka ?
Bila insaan yang dicintai mula menerpa ..

Nasihatku wahai saudara-2 seislam yang ku muliakan kerana Allah SWT ,

Kalau dah mencintai ,
berhati-hati itu pasti .

Kalau dah mencintai ,
 Jangan dilupa Cinta yang ESA nanti .
( dahulukan yg utama )

Kalau dah mencintai ,
Tetapkanlah diri menjadi peminat setia penghulu Nabi .

Semoga hidup diberkati . 
aamiin ya rabbal alamiin .

-Perindu ar-Rafiqul A'la (Kekasih Tertinggi)-

Pegang prinsip 3P ini :

                                                              - Pause .

                                                              - Priority (keutamaan) .
                                                              - Pergi .


- kak ha ( Ustazah Fatimah Syarha ) punya secrets -


. Hamba Allah Punya cerita .

Ketika dulu ,
Saat pertama kali ku kenal dia 
aku tiada bimbingan .
Jadi aku mula berkenalan .
Tanpa pimpinan seseorang .
Dan ketika itu juga Ujian datang menerpa
bertubi-tubi .. *sedih sangat2*
Ada orang hina ,
Ada orang caci ,
Ada orang kata aku penjatuh HUFFAZ !
Ada orang kata aku perempuan tiada maruah !
Ada orang kata aku ni membawa KOTOR !
Ada orang kata aku ni berkhalwat !

AllahuRabbi 
 hanya Allah sahaja yang benar-2 memahamiku
saat itu .

Mereka menghina aku tanpa batas , 
Mereka menghina aku tetapi bukan mendidik ?
ingat ye .. kita membina bukan niat menghina :)
Jadi , 
Rupa-2nya aku tersesat ,
kerana tiada Ilmu .

Hari demi hari selepas kejadian itu ..
aku masih rasa kosong ..
aku cuba lupakan dia , tapi masih terbayang-ii
ye lah kata orang : " Seminit bolehlah kenal , tapi nak melupakan setahun pun belum tentu "
Ye  .. rasa dah fed up ! 
fed up dgn semua :(
Tapi ,
aku bukan orang yg jenis mudah mengalah .
Lagipun .. kawan2 aku semuanya tak berhenti sedekahkan kata2 semangat untuk aku
walaupun , mereka tak tahu apa yang sebenarnya terjadi .

Syukran wahai sahabatku . Tak mampu ku balas kesemuanya , tapi aku tahu Allah pasti akan membalas semuanya untukku ^^

- Jazkumullahu khairan kathiran -

Dari situ aku mula usaha sendiri ..
Usaha ?
for what ?

Aku usahalah untuk berubah sebab aku tahu 'AKU BUKAN MALAIKAT'

Kita bukan MALAIKAT yang tak buat kesilapan, kita juga bukan SYAITAN yang tak ada kebaikan. Kita cuma MANUSIA, ada KEBAIKAN ada KEBURUKAN.


Nak berubah kita tak perlu tengok siapa kita dulu ,
sebab bila kita yakin dan percaya Allah itu MAHA PENGAMPUN 
Tiada apa yang boleh menghalang untuk kita berubah ..
kecuali dengan kuasa Allah !
Yang penting 'Taubat Nasuha' jangan dilupa .
Apalah erti sebuah pengakuan untuk berubah tetapi Taubatnya TIDAK ?

Sejak itu aku cuba dekatkan diri aku dgn sahabat2 yang mendekatkan diriku dgn Allah
Dari situ aku mula nampak yang aku betul-betul dahagakan ILMU .
Sungguh aku rasa nak beli semua buku kak Ha dan jugak buku-buku Ulamak Muktabar .. Bila aku kenal kak Ha , aku mula jatuh cinta dgn Ilmu Usul FIQH . Dan aku jugak mula mencintai buku-buku drpda Ketua Ulama' Sedunia iaitu Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi .

Ilmu itu sangat2 lah meluas , sampai bilapun kita takkan jumpa mana pengakhirannya .

Namun , disebalik perubahan aku itu .
Insan yang pernah terpahat dihatiku akan sentiasa disitu .
Pernah sekali terfikir dan usaha ke arah tu ..
( nak lupakan dia )
ye .. memang boleh lupa ..
hanya untuk seketika ..
Ntah bila , dia hadir kembali ..

Dan aku yakin pasti ada Ujian disebalik semua ini .
aku sangat PASTI .

kerana itu aku biarkan dirinya diingati .
kalau melalaikan ?
aku cuba rancang strategi dgn mengingati Allah .
Kak Ha kata kalau syaitan bijak mengatur strategi dgn menghasut kita , apakah tidak untuk kita sebagai manusia yang dicipta untuk menjadi seorang khalifah dimuka bumi ini tdk melakukan sesuatu yg lebih dari itu ?
(lebih kurang cenggini lah)

Kak ha jugak pernah pesan , kalau benar kita cinta seseorang itu , terus panjatkan doa untuk dia , siapa tahu .. segala ketentuan (qada' dan qadar) Allah yang menentu .

Dulu pernah juga rasa menyesal mengenal dia , dia , dan dia ... (kwn2 lelaki)
Tapi bila fikirkan balik .. dgn terjadinya semua itu aku mula LEBIH BERHATI-HATI ..

in shaa ALLAH dgn segala yang pernah terjadi dekat aku dulu2 tu 
Semua pengalaman itu akan aku jadikan Peringatan buat selamanya :D

------------------------------------------------------------------------------------------------------

so , Ateh harap dgn kisah benar seorang hamba Allah ini , kita sama2 dpt amik mana yang baik ye utk dijadikan pengajaran dan iktibar . Sama2 kita mendoakan agar dia sentiasa istiqamah dalam perubahan . aamiin .







Wednesday 4 December 2013

BERNIQAB ATAU TIDAK BERNIQAB?


Bahagia berniqab di negeri Arab
Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?

            Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik. Ianya istimewa.
Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Ia juga istimewa.
Selagi kedua-duanya menutup  aurat  dan dipakai dengan rasa taqwa,  pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik. Kedua-dua pilihan ini patut dimuliakan sebagai muslimah.
            Mana yang patut dipilih? Pakai niqab atau tidak?
            Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan  merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya.
Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.
Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh  keutamannya yang tersendiri.  Sama-samalah menghormati sebuah pilihan. Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.

Antara 3 Kelompok

            Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya  berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang pakaian wanita iaitu:
1.       Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.
2.      Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.
3.      Kelompok pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu  atau warna tertentu bagi pakaian wanita.  Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi (adat) yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika  keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah

            Boleh atau tidak boleh  menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Bagi meringkaskan perbincangan agar tidak memberatkan pembaca, berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis. Pembaca berhak mempunyai pilihan yang berbeza daripada penulis selagi mana pilihan itu berdasarkan hujah.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”
Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku  pada zaman keemasan umat ini.
Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:

Dalil  1
           
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’,  Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.


Dalil 2

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani  menilai hadis  ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah,meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.

Dalil 3

Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya.  Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais  bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.
Kalau memang penutup  wajah wajib secara  syariat, tentu  dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”

Dalil 4

Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula? 
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?

Dalil 5

            Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya  perintah ini?

Dalil 6

            Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.

Dalil 7

            Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan  seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?

Dalil 8

Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan  niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup  wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada  waktu-waktu tertentu sahaja.

Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat

As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya  dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
 Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
            Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat  tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan

            Wanita dan lelaki harus berkomunikasi  dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
            Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.

Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama

            Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
            Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita  yang memudahkan  wanita untuk  membentuk keperibadiannya.”
            “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya  menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Jangan Bergaduh Soal Niqab

            Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Pada Kesulitan Ada Kemudahan

            Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
            Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.
            Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.
Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.

ISLAM MEMAHAMIMU DUHAI PENGANTIN MUSLIMAH



"Ummi dan Abi ada satu sajak istimewa buat Haura' bila Haura' besar nanti. Surprise..."


Di Mana Lelaki Setia?

            Kutersenyum apabila ada remaja muslimah yang mengadu kepadaku,
“Kak, mencari lelaki setia sekarang ni amat susah. Ramai lelaki yang dah terbiasa berkawan dengan ramai perempuan. Kalau lelaki sebegini dibuat laki, saya takut besar kemungkinan nanti, dia ada skandal atau saya kena hidup berpoligami. Dah tentu dia akan teringat-ingat balik kat kawan-kawan lama dia tu. Kat mana saya boleh temui lelaki yang hidup sehariannya menjaga diri? Hanya lelaki sebegini akan setia.”
Tak dinafikan, tak semua lelaki berpoligami kerana dorongan nafsu. Namun, kebanyakannya pada hari ini jelas kerana itu. Apapun, saya amat kagum dengan remaja yang berfikir sebab dan akibat di depan sebelum mengambil sesuatu keputusan. Apatah lagi keputusan penting dalam hidupnya. Ternyata ini adalah golongan remaja bijak dan mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan.

Pasangan Berhak Meletakkan Syarat.

Teristimewa buat bakal pengantin muslimah, ketahuilah bagaimana Islam memahami fitrah dan hatimu. Islam agama yang sangat menghormati dan meraikan hak wanita. Islam membelai setiap hati dan perasaan dengan keadilan. Jangan sangka Allah tidak mengerti tentang kecemburuanmu. Mari telusuri hakmu dalam syarat ta’liq seiring dengan perjanjian perkahwinanmu nanti. Ia akan menjadikan hatimu tenang dalam mengjangkau sebarang kemungkinan.

Bagi wanita yang lebih rela berpoligami daripada bercerai, itu juga haknya yang patut diraikan. Islam menyediakan isteri-isteri Rasul sebagai model untuk menelusuri hak ini. Begitu juga Islam menyediakan puteri-puteri Rasul sebagai model wanita yang mempunyai syarat sejak awal agar tidak dimadukan suami. 

Apa itu Syarat Ta’liq?

Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela. Yang mana, ada atau tidak adanya syarat ini hanya ditentukan oleh  pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
Syarat ta'liq bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.

Dalam masalah poligami, syarat ta'liq menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan ruhani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat ta'liqnya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat ta'liq ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap  tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi.
Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighatTa’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah

1.      Dalil sah talak ta’liq yang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka”
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).
Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan Ust Azizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)

2.      Rasulullah SAW bersabda, “Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu.”  (HR Bukhari dan Muslim. Muttafaq alaih).

3.      Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain. 
 .
FATIMAH AZ-ZAHRA TIDAK RELA DIDUAKAN

Hadis sahih riwayat Bukhari (3110), Muslim (2449), daripada hadis Al-Miswar bin Makhramah, dia berkata, “Sesungguhnya Ali bin Abi Thalib meminang puteri Abu Jahal (untuk dimadukan) ke atas Fatimah, maka aku mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ke atas manusia berkenaan hal itu di atas mimbarnya, dan aku pada hari itu telah cukup umur (bermimpi), maka baginda berkata, “Sesungguhnya Fatimah daripadaku, aku takut jika agamanya terfitnah (diuji). Kemudian baginda menyebut menantunya daripada Bani Abdul Syams dan baginda memujinya atas ikatan menantu itu. Baginda berkata, “Dia berkata-kata kepadaku, dia jujur kepadaku dan dia memenuhi janjinya kepadaku. Sesungguhnya aku tidak mengharamkan suatu yang halal dan tidak menghalalkan suatu yang haram, tetapi dengan nama Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki.”

Imam Bukhari RA berkata (hadis 3729): Abu Yamân meriwayatkan kepada kami daripada Syu'aib dari Zuhri dia berkata, Ali ibn Husain meriwayatkan kepadaku bahawa Miswar ibn Makhramah berkata, sesungguhnya Ali meminang anak perempuan Abu Jahal. Kemudian Fatimah mendengar tentang hal itu lalu kemudian dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Kaummu mengira bahawa kamu tidak marah kerana puteri-puterimu. Dan ini Ali (ingin) menikahi anak perempuan Abu Jahal." Lalu Rasulullah SAW berdiri, maka dia pun berdiri. Kemudian aku mendengarkan baginda ketika mengucapkan tasyahhud (seperti pada khutbah) dan berkata, "Amma Ba'd, aku telah menikahkan Abu Âsh ibn Rabî' kemudian dia berbicara kepadaku dan jujur kepadaku. Dan sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku dan aku tidak senang ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki." Kemudian Ali meninggalkan pinangannya.

Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami daripada Laits daripada Ibnu Abi Mulaikah daripada Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW berkata dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibni Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya." 

Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini. Antaranya adalah:

•Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.

•Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah kerana Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji, dan jelas bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah, sebagaimana Rasulullah SAW berkata, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali, jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah. Ataupun tidak berlaku pun syarat jika tidak dijelaskan bahawa itu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).

•Meraikan hak Fatimah. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu, kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tiada seorang pun yang dapat dia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya sekiranya nanti dia cemburu.
Pada pendapat penulis, pendapat pertama ini boleh diterima tapi tidaklah sekuat pendapat kedua dan ketiga kerana:
1)Anak tidak menanggung dosa ayahnya.
2)Rasulullah SAW sendiri menikahi puteri Abu Sufyan iaitu Ummu Habibah ketika Abu Sufyan amat memusuhi Islam.
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis Sahih Muslim (No 2449):
1) Rasulullah SAW bimbang jika puteri kesayangannya disakiti (akibat cemburu), maka ini akan mendatangkan kekecewaan juga kepadanya, dan sesiapa sahaja yang mengecewakan (menyakitkan) Rasulullah akan musnah. Oleh hal yang demikian, Rasulullah menyekat keinginan Ali itu atas dasar kasih sayangnya kepada Ali (bimbang takut Ali akan mendapat kemusnahan) dan juga Fatimah.
2) Rasulullah bimbang berlaku fitnah ke atas (agama) puterinya disebabkan cemburu yang bersangatan.
Disebut dalam Kitab 'Aunil Ma'bud, Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan dalam Fathul Bari:
"Sekiranya Fatimah R.A meredhai perkahwinan itu, maka pasti Nabi SAW tidak menghalang Ali dari berkahwin samada dengan wanita tersebut atau selainnya".
(KITAB 'AUNIL MA'BUD)

Walaupun ia tidak disyaratkan ketika ijab dan qabul tetapi ia sedia maklum sudah termasuk sebagai syarat. Ibnu Qayyim berkata, 
“Hadis ini mengandung beberapa perkara, iaitu: Seorang lelaki apabila isterinya sudah memberi syarat tidak boleh dimadu, maka wajiblah syarat ini dipenuhi. Tetapi jika ternyata kemudian dimadu, maka si isteri berhak membatalkan perkahwinannya. 
Menurut kaedah Imam Ahmad, syarat yang melembaga dalam adat istiadat sama dengan syarat yang diucapkan. Maka, dalam adat perkahwinan puteri Rasulullah yang darjat mereka adalah tinggi, tidak boleh dikumpulkan dengan wanita lain walaupun hukumnya harus. Sebagaimana pendapat Imam Nawawi, Rasulullah takut agama mereka rosak kerana cemburu. Darjat mereka tinggi pada agama, bukan semata-mata keturunan.
 Ta’liq Talak sebagai alasan perceraian telah melembaga dalam hukum Islam sejak lama, sejak zaman sahabat. Mereka yang menyokongnya ialah Umar bin al-Khattab, Saad bin Abi Waqash, Mua’wiyah, Amru bin Ash, Umar bin Abdul Aziz, Jabir bin Zaid, Thawus, Auza’ie, Ishaq dan sebagainya. Sebahagian besar ulama sepakat tentang sahnya. 
Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana ia tidak mengharamkan sesuatu secara mutlak cuma meletakkan syarat pada perkara harus. Lagipun, poligami cuma rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.

Tujuan Syarat Ta’liq

Dr. Mahmud Syaltout dalam bukunya Perbandingan Mazhab, menjelaskan bahwa perceraian lewat perjanjian Ta’liq Talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik dari pihak suami. Sekiranya seorang suami telah mengadakan perjanjian Ta’liq Talak ketika akad nikah akan dilaksanakan dan bentuk perjanjian itu telah disepakati bersama, maka perjanjian Ta’liq Talak dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq atau perjanjian, sehingga terjadinya pelanggaran bagi pihak suami, maka isteri dapat meminta cerai kepada pengadilan.


Sementara itu, jumhur ulama mazhab berpendapat bahawa bila seseorang telah menta’liqkan talaknya kemudian telah terpenuhi syarat-syaratnya sesuai dengan kehendak mereka masing-masing, maka ta’liq itu dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq, baik ia mengandung sumpah (qasamy) ataupun mengandung syarat biasa, kerana orang yang menta’liqkan talak itu tidak menjatuhkan talaknya pada saat orang itu mengucapkannya, akan tetapi talak itu tergantung kepada terpenuhinya syarat yang dikandung dalam ucapan ta’liq itu.

Anda Takut Bermadu Kerana Kepentingan Akhirat Anda?

            Buat bakal pengantin muslimah yang takut dimadukan suami kerana takut agamanya rosak lantaran cemburu, Islam memberikan solusi yang amat adil. Begitulah ketenangan beragama yang dimiliki oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Tersenyumlah. Yakinlah akan terbelanya hak-hak seorang muslimah di dalam Islam. Islam agama terbaik. Agama fitrah. Agama yang memahami hati dan perasaan. Tiada diskriminasi gender. Tiada pemaksaan yang bertentangan dengan fitrah. Bukankah Allah sangat memahami?

Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

Terima-kasih buat ayahku, Mohd Noordin bin Abdullah yang memuliakan isterinya dengan tidak menduakannya sebagaimana Rasulullah memuliakan Khadijah. Hinggakan ‘tidak dimadukan’ menjadi kelebihan dan keistimewaan Khadijah yang diperbincangkan oleh para ulama hadis dan tafsir. 

Terima-kasih jua buat semua ayah di dunia ini yang bersikap lembut terhadap ibu kami, menghormati hati dan perasaan ibu kami, berbincang dengannya dalam membuat sesuatu keputusan dan mewujudkan susana yang jauh dari keributan untuk kami membesar dengan aman.

Terima-kasih buat suamiku yang berjanji untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam mengasihi puteri-puteri baginda. Mewujudkan syarat ta’liq demi menjaga agamaku dan agama puteri-puteri kesayangan kami daripada terfitnah.