Hati Umar berdegup kencang tatkala bertembung dengan Humaira' ketika ingin menuju ke kelas sebentar tadi. Sempat juga dia mencuri pandang wajah Humaira',terpancar nur diwajahnya..
cantik sungguh!
hati lelakinya berkata.
sepanjang dia mengenali Humaira',jarang sekali dia melihat Humaira' berbual-bual dengan lelaki lain. dia sendiri tidak pernah berpeluang untuk berbual dengan humaira' secara personal walaupun mereka sekelas.pakaiannya yang menutup aurat,perilakunya yang lemah lembut,senyumannya yang manis,benar-benar telah memikat imannya. walaupun Umar sedar,dirinya tidaklah setanding Humaira' yang kuat pegangan agamanya.
layak ke aku untuk dia?
itulah pertanyaan yang sering bersarang difikiran Umar.
malam itu,Umar tidak dapat melelapkan mata. hatinya semakin parah!tetapi dia cuba memendamkan perasaannya selama ini. semakin dipendam,semakin membuak-buak jiwa lelakinya setiap kali melihat Humaira'.
aku harus memulakan langkah,
bisik hatinya..
trett...trett.. 1 message received
nama Umar terpapar di skrin handphone Humaira'..
''slm sahabat semua,petang ni pkul5,kita akn adakan group dicussion FST di bilik perbincangan perpustakaan..harap semua boleh datang..tq''
jari mulus Humaira' mula menaip laju~wslm..ok,insyaAllah..
ringkas dan padat jawapannya..
petang itu,perbincangan berjalan dengan lancar,Umar berlagak seperti biasa,seperti tiada menyimpan apa-apa perasaan terhadap Humaira'.. cuma sesekali matanya memandang Humaira' yang hanya tertunduk dan tekun dengan kerjanya..
tepat jam 4pagi, dikala yang lain sedang lena diulit mimpi indah,nada SMS telah mengejutkan Humaira' dari tidurnya..
trett...trett....
sape pulak yang bagi mesej pagi-pagi buta ni?fikirnya..
dicapai handphone yang setia menemaninya disisi.dibacanya mesej yang dikirim oleh Umar...
Assalamualaikum..bangunlah dari tidurmu,basahi mukamu dengan air wudu',bersujud dan merintihlah kepada DIA yang SATU..agar berseri dan bersih jiwamu..
Humaira' lantas bangun membersihkan dirinya untuk menghadap Ilahi dan study sementara menunggu azan subuh..
usai qiamullail, entah mengapa jarinya membalas mesej Umar~ terima kasih kerana mengingatkan..
Umar berasa sangat bahagia tatakala menerima mesej dari Humaira'..
selama seminggu dia mengumpul kekuatan diri untuk meluahkan perasaannya terhadap Humaira'.
Assalamualaikum..maaf sekiranya msj ini mengganggu awk.setelah sekian lama saya memendam rasa,akhirnya diberi kekuatan untuk meluahkan apa yg terbuku didalam hati.cinta itu fitrah.mungkin ini adalah anugerah Allah melahirkan perasaan itu kepada saya terhadap awk.memang benar,saya tidaklah sebaik awk,tapi saya akn berusaha utk menjadi lebih baik..awklah insan yg telah mencuit hati saya,insan yang bernama Ummul Humaira' binti Syuib..saya menunggu jawapan awk..
terketar-ketar jari Umar untuk menghantar mesej tersebut..akhirnya dikuatkan jua semangatnya untuk menghantar mesej tersebut..
~message delivered to Humaira'~
berderau darah Humaira' ketika membaca mesej tersebut..
Ya Allah,apa aku dah lakukan?iman seorang lelaki telah goyah disebabkan aku..
dia tidak tahu bagaimana ingin menjawabnya. Dalam diam Humaira' juga mengagumi ketampanan Umar,dan perilakunya.. tetapi perasaan itu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa. hatinya ingin menjawab YA,tetapi imannya mengatakan TIDAK..dia harus tegas dengan prinsipnya..namun dia tidak ada kekuatan untuk menjawabnya..
3hari berlalu,akhirnya Humaira' memberi jawapan..dia tidak mahu memberi harapan palsu terhadap Umar..dia tidak mahu memainkan perasaan umar..
assalamualaikum..terlebih dahulu mohon maaf andai mesej ini mengundang kemarahan dihati..saya tidak boleh mengatakan YA untuk permintaan awk tempoh hari..cukuplah saya telah menimbulkan fitnah terhadap awk dengan menggoyahkan iman awk,saya tidak mahu perhubungan itu nanti menimbulkan fitnah buat org sekeliling..mungkin ini adalah yg terbaik..
Umar terdiam seketika tatkala membaca mesej tersebut..
biarlah apa org nak kata,asalkan niat saya baik terhadap awk..dia membalas..
jadilah seperti saidatina Aisyah r.a,memendam rasa terhadap org yang disayangi(saidina Ali),dan akhirnya dijodohkan jua dgn saidina Ali..mmg,awk tidak peduli kata orang..tapi mcm mana dgn kata Allah?bagaimana dgn pandangan Allah?saya takut..maafkan saya..mungkin ini adalah mesej saya yg terakhir..aseef..
Humaira' mengakhiri mesejnya..
orang lain ada je bercinta sampai kahwin,bahagia je..kalo tak suke,direct jela ckp tak suka..xpayah nak berkias-kias.. dan lagi satu,jangan nak memilih sangatla..!
bentak Umar didalam mesejnya..
tanpa disedari,menitis air mata jernihnya..kata-kata Umar itu bagaikan panahan beracun baginya..bukan kerana dia memilih,bukan juga kerana tidak menyukai Umar,tetapi dia merasakan bahawa dia lebih cintakan Allah..sejujurnya ada perasaan yang dipendam selama ini terhadap Umar,tetapi bukan pada saat sekarang untuk dia melayan cinta insan yg belum halal baginya..belum tiba masanya..biarlah cintanya hanya pada yang berhak..
andai dirimu mengerti,
hati ini juga menyayangimu..
maka aku ingin menjagamu dan diri ini
dari terus dibuai mimpi palsu..
aku tidak mahu terlalu dekat denganmu,
dan aku juga tidak ingin menyakitimu,
aku takut akan mengusik ketentraman batinmu,
dan membiarkan dirimu menaruh harapan padaku.
biarlah…
kiranya aku bersikap tegas padamu,
aku bersikap dingin terhadapmu,
Tidak mengapa andai dirimu tidak menyukaiku,
kerana itu lebih baik jika dirimu terlalu memikirkanku...
andai dirimu mengerti,
aku melakukan sedemikian untuk menjaga hati kita,
untuk menjaga kemuliaan kita..
andai kita ditakdirkan bersama,pasti akan bersatu jua...
insyaAllah..
Perasaan Umar terhadap Humaira' tidak pernah padam walaupun ego lelakinya marah dengan jawapan yang diberikan Humaira' sebulan yang lalu..petang itu,rakan serumah Umar mengajaknnya untuk pergi ke forum 'menggapai cintaMU' yang berlangsung di masjid Al-Alamin,Melaka.
tatkala forum itu berlangsung, Umar terkesima ketika mendengar jawapan yang diberikan oleh ahli panel mengenai cinta..
kata ahli panel tersebut,
''cinta itu fitrah,tetapi salurkanlah ia ketempat yang sebetulnya,bukan dengan bercinta tetapi dengan bernikah..kita nak makan pun ada adab-adab,nak bercinta pun ada adab-adab dia..jadi,apabila kita saling meminati,bermujahadahlah dan saling berdoa..tidak ada yang boleh menjadi pendengar setia sehebat Allah...
Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - [Al-Baqarah: 186]
ahli panel itu menyambung lagi...
ingatlah,bila asas cinta kita ialah Allah,jika ada masalah hati,kita senang untuk bertaut kembali..pilihlah seseorang itu berdasarkan agamanya,dan bagi wanita lihatlah bagaimana cara lelaki itu merisik kita,adakah dengan meluahkan perasaan melalui sms je?adakah melalui orang tengah atau melalui wali kita?''
fikiran Umar melayang.terbayang-bayang Humaira' dikotak fikirannya..kini dia mengerti tindakan Humaira' terhadapnya sebulan lalu..
malam itu, sejurus tiba dibiliknya,Umar mengambil wudu',dihamparkan sejadah dan melaksanakan solat taubat..terasa hina dirinya disisi Allah..terasa betapa jauhnya dia dari Allah..kini hatinya kembali tenang..diakhir solatnya,Umar menadah tangan berdoa kepada Tuhan yang sentiasa setia mendengar luahan hatinya..
''Ya Allah Ya Tuhanku..
betapa besar kasih sayangMu terhadap hambaMu ini..
Aku alpa Ya Allah..
janganlah engkau biarkan diriku ini terus leka tanpa hidayahMu..
suburkanlah cintaMu dalam hatiku..
jangan engkau biarkan cinta dunia melebihi cintaku terhadapMu..
kau tautkanlah hatiku pada insan yang mencintaiku keranaMu..
jadikanlah aku imam bagi orang yang bertaqwa..
ampunilah dosa-dosaku..
sesungguhnya kepadaMu jua tempat aku kembali.. ''
menitis jua air mata taubat seorang lelaki yang bergelar Umar..
mulai saat itu,tiada lagi Umar yang lama..Umar yang hanya memikirkan Humaira' setiap masa..yang banyak memikirkan dunia..yang ada hanyalah Umar yang rindukan kalam Allah setiap hari,yang rindukan bermunajat kepada Allah setiap malam..imannya semakin kental..kini hidupnya lebih bermatlamat..matlamatnya hanya satu..ingin menggapai redha Ilahi..ingin mendapat cintaNYA...cinta yang hakiki..hatinya kini dibius cinta Allah...
Kini Umar bergelar seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di Selangor disamping menjadi pendakwah muda yang hebat dan bakal menjadi seorang suami.
''Aku terima nikahnya Ummul humaira' binti Syuib dengan mas kahwinnya senaskhah al-quran dan RM500 tunai''..
petang itu,termeterai sudah ikatan Umar dan Humaira'..Akhirnya selamat juga mereka diijabkabulkan setelah sekian lama menjaga hati dan perasaan masing-masing..
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai agama, kerana ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)
malam itu,mereka melaksanakan solat sunat pengantin baru berjemaah dan bersalaman..Humaira' kelihatan kekok dan malu-malu ketika menyentuh tangan suaminya,kerana tidak pernah dia menyentuh tangan yang tidak halal baginya sebelum ini..Umar hanya tersenyum melihat gelagat isterinya..
tanpa disedari,air mata membasahi pipi gebu HUmaira'...
kenapa humaira' menangis?Umar kelihatan risau..
abang,humaira' terasa sangat bersyukur kerana dapat memiliki abang.Humaira' tak sangka abang datang merisik sehari selepas kita konvokesyen..masa tu hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya hati ni..humaira buat solat istikharah, dan hati Humaira' tenang sepanjang proses tersebut..maafkan humaira' kerana bersikap tegas dengan abang sebelum ini dan sepanjangan pertunangan kita.dengan kasih sayang Allah,kita disatukan jua dengan cara yang halal.Humaira' nak abang tahu yang HUmaira' sayanggg kat abang..
Umar tersentuh dengan kata-kata isterinya..
''Abang juga bersyukur kerana dikurniakan isteri yang comel lotey ni,beragama,baik,manja...apa lagi..macam-macam lagi lah...alhamdulillah sudah lengkap separuh agama abang mengahwini isteri secantik bidadari seperti humaira'..
dah takmau nangis-nangis ye sayangg...
Umar mengesat air mata dipipi isterinya sambil mencuit hidung Humaira' yang dicintainya itu..
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
begitulah...Kemanisan yang datang melalui jalan yang HARAM pasti akan berakhir dengan KEPAHITAN berpanjangan.. Namun, kepahitan yang dilalui kerana menjaga perkara yang HALAL pasti akan berakhir dengan KEMANISAN kurniaan ALLAH..insyaallah
No comments :
Post a Comment