Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Sunday, 2 December 2012

BLOG KAWAN SAYA ! BACA TAU !! ~ (^___^)


check it 0ut her bl0g !! 0keyyII ! nice tau ..

BTW , i l0ve her veryII much , muaahh !!

#PERSAHABATAN AKAN KEKAL JIKA ITU YANG KAU MAHU , DAN HANYA KERANA ALLAH SEMATA-MATA ~



Wednesday, 28 November 2012

ini ki$ah U and I (WARKAH cinta)


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
_______________________________________________________________________________
AlhamduliLLah Syukur Ke Hadrat IlLahi
------------------------------------------------------------------------------. ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH .

First sekali I memang bersyukur sebab Allah bagi peluang I and U berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah .
0keyy ! I tak berniat langsung nak buat U sakit hati atau apaIIun , yeah ! BTW , I h0pe U understand and maybe U p0n pelik kan dengan pendirian I an ?? ye lahh kekadang I nak macam nie , lepas tuu sebaliknya pulak O_0 ! ADEH ~ b0leh pening kepala depa kan ?? tpy apakan daya itulah Allah maha membolak balikkan HATI manusia dan DIA lah yang memberi petunjuk/hidayat kepada kita semua . Sesungguhnya hidayat itu milik mutlak Allah . Alhamdulillah dia buka balik pintu Hati I ,,bersyukur sangat-II d0a I dimakbulkan.
0raiit, I tak nak tunggu lama-II lagy ...
Disini I nak menyatakan siapa sebenarnya yang beRAJA dalam hati I buat masa nie dan masih tidak ada sesiapa yang mampu menggantikan tempat si dia lagy , siapa lagi kalau bukan *** **** ********* .I rasa U pun dah tahu siapa kan.
InshaAllah I akan cuba untuk melupakan si dia ,WALAUBAGAIMANAPUN , kalau I takb0leh melupakan si dia ..I yakin suatu hari nanti ALLAH akan membuat I lupa siapa si dia untuk I ketika waktu dahulu kala ..
cinta I kepada si dia hanya ALLAH yang tahu . ye ! memang sedih sangat kalau hati dah SAYANG ,tetapi harus pasrah dengan syariat yang telah Allah tetapkan untuk kita , ingat ! Allah tetapkan syariat itu keran DIA teramat menyayangi kita ....kita sebagai hambaNya haruslah redha dengan apa yang telah ditetapkan dan kita juga harus bersabar dengan apa jua sekali pun .sesungguhnya Allah itu maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG , Dia akan membalas kesabaran kita dengan sesuatu yang lebih baik , kita hanya perlu MENUNGGU,BERUSAHA dan TERUS BED0A sebab kita tidak tahu BILA,DENGAN SIAPA dan BAGAIMANA Allah membalasnya ., jadi ..berSABARLAH ~
Bagi I , U sebenarnya se0rang anak yang s0leh dan taat perintah agama , apaII un itulah MANUSIA ...
I faham manusia memang banyak sangat melakukan d0sa Tapi ingat setiap d0sa yang KECIK/BESAR pasti Allah akan ampunkan . Tidah USAH bimbang dan takut , AlLah itu maha pengampun dan maha pemurah , kalau kita rasa d0sa kita terlampau banyak tunaikanlah s0lat TAUBAT NASUHA ..Itu sahaja jalan yang akan merubah kita untuk memulakan kehidupan yang BARU =) , I yakin U b0leyh !
I nak minta maaf kerana disebabkan I , U merana dan disebabkan I , U mendapat d0sa , maafkan I manusia yang dhaif lagi lemah ini . I harap sangat , U janji dengan I akan tinggalkan semua perbuatan maksiat yang pernah U buat , yang penting tinggalkan semua tu kerana Allah ..
Jangan minum arak ,jangan hisap shi sha , jangan main peluk-II and jangan buat benda-II yang Allah murka ..please .....U bayangkan kalau IBU and AYAH U tahu anak kesayangan di0rang buat benda-II macam tuu ..betapa hancurnya HATI sepasang suami & isteri tuu ..terutama sekali hati se0rang ibu :(
jangan tinggal S0LAT(jadilah hamba Allah yang tahu erti bersyukur),s0lat tuu b0leyh mencegah kita daripada perbuatan maksiat dan s0mething yang dimurkai Allah...
kalau U betuL-II mencintai&menyayangi I kerana Allah cuba U buktikan kepada I yang U b0leyh capai target sepertimana lelaki yang I idam-IIkan , b0leyh ??
I caye sangatII U b0leyh buat lebih baik dari *** **** and budakII tahfiz kat luar sana :D
sebab U memang ada kelebihan semua tuu . Actually masa U kasi tahu I yang U dah hafal 4 surah lam masa 2 weeks ! masyaAllah tabarakaAllah ! I terkejut sangat , alhamdulillah U p0n ada kelebihan macam tuu , just U je yang MALAS ~
ingat ! ijtihad wa LA taksaL (bersungguh dan jangan MALAS)
s0 syarat yang I nak ialah :

0nce--->se0rang HAFIZ dan beriLmu tinggi
sec0nd--->jauh dari perbuatan zina dan kemungkaran Allah
third--->Anak yang s0leh
f0urth--->s0lat 5 waktu (cukup)
tuu jee :D

nak tahu kenapa ??
sebab I nak 0rang yang pimipin dan membimbing I adalah se0rang IMAM yang menurut perintah Allah dan b0leyh LEAD  me till JANNAH !
amiin ~ ;)
itu semua dah cukup membuktikan U dah berubah TAPI kalau ia hanyalah tipu belaka I hanya mampu berserah kepada ALLah and sudah pasti I akan rasa sangat-II kecewa dengan sikap U ..
but remember ! d0 it beC0USE AlLAH n0t me ! barulah ada hasilnya ...
itupun kalau U sudi sahut CABARAN nie .. ^__^
lepas kita sama-II habis belajar inshaAllah kalau U rasa I adalah cal0n isteri yang terbaik , jemputlah datang ke rumah I dan pinang lah I dengan lafaz BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM ~
KALAU ADA J0DOH ALLAH KAN PERTEMUKAN KITA KEMBALI ~kalau tak , redha sahaja kerana itu adalah yang terbaik untuk kita yang ALLAH telah tetapkan , itu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya =)
kalau U nikah dengan 0rang lain p0n , jangan lupa jemput I sekali w0keyhh ..!
hehe
U ...kalau ada rasa rindu dekat sese0rang ,teruslah berd0a kepadaNya ..jangan terlalu merindui sampaikan berkahayl entah ke mana ..I takut jadi ZINA HATI jee sebab terlampau mengingatinya daripada ingat kepada ALLAH ..nauzubilLah 0_o !
I rasa itu sahaja , banyak pulak I bercel0teh ..apaIIun syukran jazilan sebab sudi baca isi hati yang sudah lam terbuku di lubuk HATI nie , alhmdulillah terluah jua akhirnya ..
I ada pantun sikit nie ..asiflah kalau bunyi nya tak sedap . BTW , I cuba jugak buat :)
sudiLah membeli ya ??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM 


~Allah telah menciptakan ADAM&HAWA,Itulah sejarah awal kehidupan manusia,

Kita sebagai hamba Allah yang banyak berbuat d0sa,

Ingatlah ! ajal kematian semuanya ditangan tuhan yang maha ESA,

Wahai manusia yang sentiasa LUPA&ALPA,Tidak perlu ANGKUH dan S0MBONG dengan kekayaan dunia,

Itu bukanlah bekalan yang berguna di SANA,

Sebaliknya , keberkatan dan REDHA Allah adalah segalanya .....

sekian,                                                                                                                                    yang benar,                                                                                                     ------//------                                                                                                    ____NurAQilahAbdulAziz____

TAKDIR ~

Sudah pasti ALLAH yang maha BERKUASA yang mengatur TAKDIR setiap hambaNya , namun , TAKDIR tidak akan terjadi jika bukan kita yang MEMILIHnya :D ..
jadi bed0alah kepada Allah agar diberi PETUNJUK/HIDAYAT supaya TAKDIR kita ke arah yang baik lagy INDAH jadinya ~

kadangII sesuatu yang kita SUKA adalah TIDAK baik untuk kita ,
kadangII sesuatu yang kita TIDAK suka adalah yang TERBAIK untuk kita ,
sebab itu kita kena sentiasa berd0a agar AlLah tidak GELAPKAN hati kita ..inshaAllah jikalau HATI kita sentiasa putih BERSALJU ! kehidupan kita akan sentiasa ditemani 0leh NUR ILLAHI :)

INGATLAH ~ takdir dan ketentuaNya juga ADALAH atas DIRI kita ... diMana kita tuju ? dan kepada siapaKAH kita TUJU ?? jawabLAH dengan keImanan yang ada daLam dirimu kerana ituLah jawapan yang TEPAT !

Allah suka kepada kecantikan dan keindahan ! jadi ! kita ingin DERITA mahupun BAHAGIA ??? 

tepuk DADA tanya IMAN , buka MATA tanya DIRI ! 

LAMA tidak berSUA :D

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH 

Saturday, 10 March 2012

•✫❤✫•Awak..maafkan saya..•✫❤✫•



❀ بسم الله الرحمن الرحيم ❀
 ✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿
Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak contact awak..
tapi..saya lebih suka contact dengan Allah swt sebab ape?.
Sebab Allah balas dengan sebuah ketenangan,
tapi awak hanya dengan ungkapan cinta..

Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak luangkan masa untuk awak,
Tetapi..saya lebih suka..luangkan masa bersama Allah swt..sebab ape?
Sebab saya merasakan, saya dekat sangat dengan Allah swt,
tapi..kalau dengan awak..saya takut akan terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu luahkan isi hati saya pada awak..
tapi..saya lebih suka meluahkan isi hati saya pada Allah swt.. sebab ape?
Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu ape..yang terbaik buat saya..
tapi..kalau saya luahkan awak pada awak, saya bimbang hati saya akan berpaling daripada Allah swt..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu ungkapkan rasa sayang itu pada awak,
tapi saya lebih suka ungkapkannya pada Allah swt..sebab ape?
Sebab saya tahu Allah akan membalasnya dengan sebuah kebahagian..
tapi awak hanya mungkin dengan ungkapan sayang sahaja.

Awak..maafkan saya, bukan saya tidak mahu pandang awak
ketika kita mula berbicara.. tapi saya lebih suka menundukkan pandangan..
sebab ape? Sebab seorang muslimah haruslah tidak memandang dan tidak dipandang.. saya tak mahu awak berdosa dan saya juga
tidak mahu menanggung dosa..

Awak..maafkan saya..jika tidak dapat membahagiakan awak..
Sebab ape? Sebab kasih sayang saya pada awak tidak boleh
melebihi kasih sayang saya pada Allah swt..

Awak..saya tak kisah kalau awak nak kata saya tidak berperasaan..
Saya tidak kisah juga, jika awak nak kata saya kolot..
Dan saya juga tak kisah jika awak hendak tinggalkan saya..
Saya menerima dengan senyuman kerana saya tahu..
Allah swt sayangkan saya dan awak..

Dan dari situ, Dia menyalurkan kekuatan dan ketabahn di dalam hati saya untuk menerima segalanya dengan redha..
Saya yakin dengan hikmah yang tersembunyi..walaupun kasih sayang saya terhadap awak terputus, tapi kasih sayang saya pada Allah swt..
tidak pernah terputus.. Saya merasakan diri saya sekarang sentiasa dekat dengan Allah swt walaupun pelbagai ujian yang harus ditempuhi..
Saya juga berharap awak pun begitu.. :) kerana cinta bukan milik kita..



Ingatlah wahai sahabat..Sejauh mana pun kasih sayang kita pada seseorang itu..tidaklah sejauh kasih sayang kita pada Allah swt.. kerana cinta bukan milik kita tetapi milik yang Maha Esa..Yakinlah dengan jodoh yang Allah swt tetapkan untuk kita, kerana setiap orang yang lahir di dunia ini diciptakan berpasang-pasangan.. dan kalian ingat tak, orang selalu kata orang baik untuk orang yang baik, mesti semua orang mengimpi-impikan jodoh yang baik itu, nak dapatkan yang baik? senang je..kalian kena la..perbaiki diri kalian darri sudut, keimanan, tanggungjawab, dan sebagainya. Dan apabila kalian perbaiki diri kalian secara tak langsung, kalian akan dijodohkan dengan yang baik-baik yela..jika dia memperbaiki diri dan anda juga perbaiki diri Insya-Allah apa yang diimpi-impikan menjadi kenyataan.. Alhamdulillah..dan Insya-Allah..

✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿

kiSAh bENAr...✿6 sEbAb mENgApA sAyA bERziNA✿

بسم الله الرحمن الرحيم

Info ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan..
Info ini amat menarik sekali supaya menjadi pengajaran kepada kita semua..
Insya-Allah..

MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang,  sangat sukar ditahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntum keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya..

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora di jiwa..

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan..

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda...

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis..

HIBURAN menjadi pengubat kesunyian saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan..

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu 
perbuatan keji..dan suatu jalan yang buruk.




Zinaku Bermula Di FACEBOOK(Bukan hanya di MUKA BUKU shj)


Zinaku Bermula Di FACEBOOK


¸.•✰ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ✰•.¸

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina!Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….


ye :Ana tahu bukan semua RINDU,CINTA,KASIH SAYANG DSB itu adalah Zina ! kerana Semua itu adalah Lumrah kita semua sebagai hamba Allah untuk merasai nikmat perasaan sedemikian...Namun kita Mampu/Tidak untuk tepiskan perasaan itu buat seketika sebelum SAH perikatan antara kita mahupun si dia !
Jadi sebab itu Allah mengatakan `WA LA TAKRABU ZINA`---->Dan Janganlah kamu mendekati Zina !
Dengan itu jangan kita cuba untuk mendekati ZINA mahupun pintu pintu Zina/Jalan jalan untuk mendekati Zina...JANGANLAH Wahai Saudara SeIslamku !
Sama sama kita mengubahnya ! insyaAllah !

:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::
» ♥ Barakallahufikum ♥♥ MENUJU REDHA ALLAHURABBI ♥ « 

••► Akibat Bercakap Ketika Azan


••► Akibat Bercakap Ketika Azan



Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya ,menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia ,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..

amin Yarobbal a'lamin..



Kisah Sungai Yang Tunduk Pada Perintah Saidina Umar



Jom baca cerita tentang sungai yang tunduk atas perintah Saidina Umar Al-Khattab

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana. 

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. 

Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur. 

Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masaalah yang dihadapinyaitu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. 

Tetapi apakala surat itu sampe ke tangan Amru Bin Al As gabnor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan keapdanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyui kira-kira demikian: 

"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. 

"Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini." 

Demi setelah surat itu Gabenor Amru mencampakkan ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.

•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•


•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•

Wahai Kaum ADAM..

Andai mahu mencari HAWA...


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk HAWA pula..

Andai mahu menerima cinta ADAM...


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.


Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya...? 

Siapa yang tahu?

Wallahu'alam....

Friday, 17 February 2012

Gambaran Hari Kiamat ! ! !



Gambaran Hari Kiamat
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhlu
k mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain... 

APA BEZA PUTERI CERITA DONGENG DENGAN MUSLIMAH KITA? :)


APA BEZA PUTERI CERITA DONGENG DENGAN MUSLIMAH KITA? :)





Jika kita perasan, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Aisyah Humaira nama mereka kurang disebut dibibir2 kanak2 terutamanya perempuan. Sebaliknya mereka lebih banyak menyebut nama2 puteri dalam cerita dongeng bah kan berangan2 untuk memiliki kecantikan mereka dan sifat2 mereka.Happily ever after yang diangankan yang bermula dari kehidupan kelas biasa kemudian datang keajaiban dan akhirnya mereka dapat kebahagiaan di penghujung cerita.



Tahukah kita bahawa wanita2 zaman sahabat, Tabi’, Tabii’in juga mempunyai kelebihan2 seperti itu bah kan lebih lagi. Bukan dari segi kecantikan atau akhirnya berjumpa putera raja kerana anda sendiri tahu bahawa perjuangan Muslimah sejati itu bukan pada kehidupannya semata.Dia bukan memperjuangkan bahagianya, tetapi bahagia Islam seluruhnya.


Sebelum merapu lebih panjang,
mari kita berkenalan dengan watak2 utama dalam entry ni.
Tak kenal maka tak cinta bukan?? =)



BIODATA RINGKAS


Nama: cinderella
Karakter: seorang org gaji yg ditindas akhirnya kawen ngan anak raja
Keistimewaan: bajunya boleh bertukar jadi cantik dan
labu tanamannya boleh btukar jadi kereta
Hobi: suka berangan nak kawen ngan anak raja
Percintaan: akhirnya dapat gak merasa kawen ngan anak raja




Nama: Snow White
Karakter: Lari dari umah dan berjumpa ngan 7 org kerdil
Keistimewaan: bila dia menyanyi smua haiwan seperti tupai,
burung dan mentarang pi tempat dia
Hobi: Suka bercakap ngan org asing sesuka hati dan suka makan epal beracun :D
Percintaan: akhirnya ada prince yang kejutkan dia masa dia dalam keranda kaca



Nama: Sleeping beauty
Karakter: Dia tidur sebab disumpah
Keistimewaan: Oleh sebab dia sorang, satu istana pun dapat tidur gak =)
Hobi: suka tidur tidur dan tidur
Percintaan: akhirnya dia terjaga dari tidur sbb putera raja.



Nama: Rapuzel
Karakter: Berambut cantik yg sangat panjang
Keistimewaan: X perlu bina tangga bila dah ada rambut dia.
Hobi:seSUKA hati je bagi orang tarik2 rambut dia.
Percintaan: Akhirnya ada seorang lelaki yang selamatkan dia
dari terus menjadi mangsa mereka yang x bertangga.



Mari kita bermuhasabah sejenak...


Sayang2 Cinderella sayang..
Anda mempunyai sifat ketabahan walau diherdik,
Impian dan cita2 yang tinggi
Bahkan bila terus dihina anda masih mampu bersabar
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya
Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau
Disinisi oleh masyarakat sekitarnya
Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia,
Kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Ilahi
Kerana sampai bila2 pun baginya kepahitan itu tetap indah
biar dihina dicaci diherdik
Dan bila2 pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini
Walau tiada pengakhiran indah
Kerana Allah segalanya sempurna


Sayang2 Snow White sayang,
Anda memang mempunyai hati yang baik,
Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain,
Bahkan semua disekeliling anda sayangkan anda,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami lebih mulia hatinya
Muslimah kami juga cintakan ukhwah,
Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan
Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya,
Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya
Dan berwaspada tentang maruah dirinya.
Kerana ketahuilah,
Takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Muhrimnya.



Sayang2 Sleeping beauty sayang,,
Anda memang seorang yang disayangi
Semua orang menyayangi anda, malahan anda dikurniakan kecantikan, dan hampir segalanya
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya,
Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya
Bahkan seusai lelap malamnya,
Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan
Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam
Tidak perlu Muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki
Untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan
Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah!


Sayang2 Rapunzel sayang,
Anda memang dikurniakan mahkota diri yang indah
Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami itu indah kerana hijabnya,
Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya
Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu,
Kerana Mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami
Bukan ditatap percuma oleh lelaki2 asing.
Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri
Dari kecantikkannya dinikmati oleh sang kumbang yang memerhati
Tersembunyi,terpelihara, dan sukar disentuh dan dimiliki
Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup
Untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri
Disanalah indahnya Muslimah kami!



Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan2 semata tanpa bermuhasabahdiri.Kita lebih mengambil karakter2 dari Barat sebagai contohDan berangan2 tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik.Sehingga karakter2 ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak2 Islam hari ini.Ketahuilah bahawa, islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik.

Kita lebih tahu tentang karakter Disney princess yang dongeng belaka dari menyedari Muslimah kita adalah watak terindah yang benar2 wujud!

SEKARANG MANA SATU KARAKTER PUTERI PILIHAN ANDA? =)