Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Saturday, 10 March 2012

•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•


•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•

Wahai Kaum ADAM..

Andai mahu mencari HAWA...


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk HAWA pula..

Andai mahu menerima cinta ADAM...


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.


Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya...? 

Siapa yang tahu?

Wallahu'alam....

No comments :

Post a Comment