Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Saturday, 10 March 2012

•✫❤✫•Awak..maafkan saya..•✫❤✫•



❀ بسم الله الرحمن الرحيم ❀
 ✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿
Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak contact awak..
tapi..saya lebih suka contact dengan Allah swt sebab ape?.
Sebab Allah balas dengan sebuah ketenangan,
tapi awak hanya dengan ungkapan cinta..

Awak..maafkan saya..bukan saya tak nak luangkan masa untuk awak,
Tetapi..saya lebih suka..luangkan masa bersama Allah swt..sebab ape?
Sebab saya merasakan, saya dekat sangat dengan Allah swt,
tapi..kalau dengan awak..saya takut akan terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu luahkan isi hati saya pada awak..
tapi..saya lebih suka meluahkan isi hati saya pada Allah swt.. sebab ape?
Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu ape..yang terbaik buat saya..
tapi..kalau saya luahkan awak pada awak, saya bimbang hati saya akan berpaling daripada Allah swt..

Awak..maafkan saya, bukan saya tak mahu ungkapkan rasa sayang itu pada awak,
tapi saya lebih suka ungkapkannya pada Allah swt..sebab ape?
Sebab saya tahu Allah akan membalasnya dengan sebuah kebahagian..
tapi awak hanya mungkin dengan ungkapan sayang sahaja.

Awak..maafkan saya, bukan saya tidak mahu pandang awak
ketika kita mula berbicara.. tapi saya lebih suka menundukkan pandangan..
sebab ape? Sebab seorang muslimah haruslah tidak memandang dan tidak dipandang.. saya tak mahu awak berdosa dan saya juga
tidak mahu menanggung dosa..

Awak..maafkan saya..jika tidak dapat membahagiakan awak..
Sebab ape? Sebab kasih sayang saya pada awak tidak boleh
melebihi kasih sayang saya pada Allah swt..

Awak..saya tak kisah kalau awak nak kata saya tidak berperasaan..
Saya tidak kisah juga, jika awak nak kata saya kolot..
Dan saya juga tak kisah jika awak hendak tinggalkan saya..
Saya menerima dengan senyuman kerana saya tahu..
Allah swt sayangkan saya dan awak..

Dan dari situ, Dia menyalurkan kekuatan dan ketabahn di dalam hati saya untuk menerima segalanya dengan redha..
Saya yakin dengan hikmah yang tersembunyi..walaupun kasih sayang saya terhadap awak terputus, tapi kasih sayang saya pada Allah swt..
tidak pernah terputus.. Saya merasakan diri saya sekarang sentiasa dekat dengan Allah swt walaupun pelbagai ujian yang harus ditempuhi..
Saya juga berharap awak pun begitu.. :) kerana cinta bukan milik kita..



Ingatlah wahai sahabat..Sejauh mana pun kasih sayang kita pada seseorang itu..tidaklah sejauh kasih sayang kita pada Allah swt.. kerana cinta bukan milik kita tetapi milik yang Maha Esa..Yakinlah dengan jodoh yang Allah swt tetapkan untuk kita, kerana setiap orang yang lahir di dunia ini diciptakan berpasang-pasangan.. dan kalian ingat tak, orang selalu kata orang baik untuk orang yang baik, mesti semua orang mengimpi-impikan jodoh yang baik itu, nak dapatkan yang baik? senang je..kalian kena la..perbaiki diri kalian darri sudut, keimanan, tanggungjawab, dan sebagainya. Dan apabila kalian perbaiki diri kalian secara tak langsung, kalian akan dijodohkan dengan yang baik-baik yela..jika dia memperbaiki diri dan anda juga perbaiki diri Insya-Allah apa yang diimpi-impikan menjadi kenyataan.. Alhamdulillah..dan Insya-Allah..

✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿

kiSAh bENAr...✿6 sEbAb mENgApA sAyA bERziNA✿

بسم الله الرحمن الرحيم

Info ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan..
Info ini amat menarik sekali supaya menjadi pengajaran kepada kita semua..
Insya-Allah..

MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang,  sangat sukar ditahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntum keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya..

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora di jiwa..

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan..

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda...

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis..

HIBURAN menjadi pengubat kesunyian saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan..

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu 
perbuatan keji..dan suatu jalan yang buruk.




Zinaku Bermula Di FACEBOOK(Bukan hanya di MUKA BUKU shj)


Zinaku Bermula Di FACEBOOK


¸.•✰ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ✰•.¸

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina!Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….


ye :Ana tahu bukan semua RINDU,CINTA,KASIH SAYANG DSB itu adalah Zina ! kerana Semua itu adalah Lumrah kita semua sebagai hamba Allah untuk merasai nikmat perasaan sedemikian...Namun kita Mampu/Tidak untuk tepiskan perasaan itu buat seketika sebelum SAH perikatan antara kita mahupun si dia !
Jadi sebab itu Allah mengatakan `WA LA TAKRABU ZINA`---->Dan Janganlah kamu mendekati Zina !
Dengan itu jangan kita cuba untuk mendekati ZINA mahupun pintu pintu Zina/Jalan jalan untuk mendekati Zina...JANGANLAH Wahai Saudara SeIslamku !
Sama sama kita mengubahnya ! insyaAllah !

:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::
» ♥ Barakallahufikum ♥♥ MENUJU REDHA ALLAHURABBI ♥ « 

••► Akibat Bercakap Ketika Azan


••► Akibat Bercakap Ketika Azan



Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya ,menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia ,lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..

amin Yarobbal a'lamin..



Kisah Sungai Yang Tunduk Pada Perintah Saidina Umar



Jom baca cerita tentang sungai yang tunduk atas perintah Saidina Umar Al-Khattab

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana. 

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. 

Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur. 

Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masaalah yang dihadapinyaitu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. 

Tetapi apakala surat itu sampe ke tangan Amru Bin Al As gabnor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan keapdanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyui kira-kira demikian: 

"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. 

"Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini." 

Demi setelah surat itu Gabenor Amru mencampakkan ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.

•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•


•◕✿ Tika Ingin Mencari Kekasih ✿◕•

Wahai Kaum ADAM..

Andai mahu mencari HAWA...


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk HAWA pula..

Andai mahu menerima cinta ADAM...


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.


Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya...? 

Siapa yang tahu?

Wallahu'alam....