Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Thursday, 23 May 2013

Cover ur Face ??


Matahary --->


Saya akan terus menyokong dan mendoakan pemakai niqab yang memakainya atas nama Allah,diberikan kecantikan hati yang bersinar-sinar sehingga cahayanya bergemilangan di akhirat kelak.Saya percaya sesorang yang sudah berusaha memakai niqab pada wajahnya secara langsung akan berusaha memakai niqab di hatinya juga dengan izin Allah .Mereka akan berusaha membaiki diri daripada hari ke hari seiring dengan perubahan diri.


Untuk mereka yang telah memilih imej ini,tidak perlu berasa hairan / sedih kenapa orang kita mempersoalkan perempuan yang memakai niqab sebagai orang berlebih-lebihan/kolot/extremist/shadid dalam urusan beragama sedangkan orang yang mendedahkan aurat mereka dianggap perkara biasa dan tidak pelik.Sesungguhnya kita sudah berada di satu negeri akhri zaman.Keburukan terkadang-kadang dianggap biasa dan kebaikan pula terkadang-kadang dianggap luar biasa atau canggung .Yang penting Allah tahu niat kamu .


Ya,para niqabis tidak sempurna ..mereka juga manusia yang sentiasa melakukan kesilapan , jangan pernah menbenci mereka tapi benci lah akan kemungkaran yang mereka lakukan tetapi mohon jangan dicela agama mereka.Jikapun mereka ada berbuat salah,niqab/purdah mereka tidak berdosa.Yang berdosa adalah diri mereka itu sendiri.


YANG BENAR,
Gadis pendosa yang dahagakan Tarbiah :)



No comments :

Post a Comment