Terima Kasih kerana memahami CARAku =)

aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri..

jika mereka memilih untuk kerap bertemu,aku memilih untuk tidak bertemu..

jika mereka memilih utk kerap brhubung,aku memilih utk tdk berhubung..

jika mereka memilih untuk saling mengingati,aku memilih untuk tidak mengingatimu..

jika mereka memilih untuk saling merindu,aku memilih untuk tidak merinduimu..

kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..

aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..

aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..

aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..

aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

terima kasih kerana memahami caraku....

kerana aku lebih mementingkan redhaNYA dari redha insani..

::cintai DIA dahulu,pasti DIA akn memberi cinta yg terbaik untukmu::

..:::Istikarah Cinta:::..


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Tuesday, 21 May 2013


ISLAMKAH AKU ? [pemilik asal] please CLICK this ! 




"Bil, mana Islam dalam hati?"

Soalan teralun lembut memujuk, namun seolah-olah terhempas 



kasar ke telinga pemuda di depannya.


"Ahmad Nabil, aku tanya ni."

Sedikit datar suaranya.

"Kau nak aku jawab macam mana?!"





Penumbuk digenggam erat. Geram.


Ikutkan hati, hendak saja dibentak keras, meninggi suara.

Mengherdik lelaki berkulit cerah tinggi lampai itu.

Namun masih cuba ditinggikan kesabaran.

Buang ego, buang.








"Mana Islam dalam ni?"



Irshad menepuk dada Nabil dua kali.



"Ah aku nak exam. Jangan kacau."



Blah. Keluar rumah.



Singgah T-Park. Seret skateboard ke hulu ke hilir.


............................................

Sendirian di T-Park.

Si syabab tadi mula menimbang-nimbang kata-kata sahabatnya.



Mana Islam dalam hati?

Takkan aku cuma Islam dalam IC?

Takkan outsider nampak aku ni stok sekolah agama,
 dah betul aku ni baik?

Takkan sebab aku banyak join program sana sini,
aku dah betul-betul baik?

Sedangkan kemanisan tarbiyah tu
 sendiri aku tak mampu dah nak rasa.







Hanyut dalam dunia sendiri.


Fantasi rekaan sendiri, sebab nak lari dari realiti.


Bila dah tak ada manusia dalam
 dunia ni nak terima pendosa macam aku?

Kenapa aku berani buat dosa 
bila aku tahu Allah ada ciptakan neraka?

Kenapa aku sengaja tangguhkan taubat 
bila aku tahu malaikat maut tak pernah lewat?

Kenapa aku ego bila diberi nasihat?

Kenapa aku jadi begini?

Mana Islam dalam diri aku?




Argh! Kompleks yang menyesakkan seluruh tulang belikat.


(tulang belikat pun aku tak tahu pedia)



............................................


Irshad diam.

Dalam kecewa terselit harapan.


Moga-moga sang sahabat bertemu jalan.


Bukan tak sayang, bukannya benci.


Tapi sebab sayang, teguran itu perlu.


Perlu kawan, perlu.


Sebab di dunia kita bukannya bersendiri.


Hidup bukan nafsi-nafsi.


Kita bersama atas dunia. 
Aku cuma harap kita mampu bersama sampai syurga.




Salahkah aku menegur? Bila kesalahan tu 
jelas nyata perbuatan sang munafiq?


Aku tak kata kamu si munafiqi.


Namun tiga ciri-ciri sang munafiq itu; 
bila berkata-kata, dia berdusta. 
bila berjanji, dia mungkiri.
bila diberi amanah, dia khianati.


Lalu apakah aku tega biarkan kau dalam kehanyutan, 
bila masing-masing sepatutnya berpimpin tangan?




Aduh kawan.




Maafkan aku kiranya aku terlalu berkasar tadi.



............................................





Skateboard dihempas.

Batin menjerit pedih.

Argh sakitnya!

Tangan kiri menyentuh dada.

Mana Islam dalam diri aku?



Aku penipu!

Aku menipu manusia dengan akhlak luaran.

Bila dalaman aku makin rosak dimakan 
cacing dan ulat busuk nafsu serakah.

Jiwa gersang.

Iman kontang.

Islamkah aku?

Satu suara itu membisik lagi. Terus kuat menusuk jiwa.

"Berubahlah Nabil. Belum terlewat lagi. 
Jangan jadi sang munafiq, Nabil."

Lalu skateboard yang dihempas tadi disepak jauh-jauh.



Perasaan apa ni?!

Munafiq sangatkah aku?

Syaitan bertopengkan malaikatkah aku?

Di hadapan akhawat, 
akulah yang paling mulia seolah-olah darjat terangkat tujuh petala.

Depan lecturer, aku sajalah student Malaysia terbaik di Aberdeen ni.



Argh!

Belakang mereka?

Akulah yang paling hina.

Hina.

Aku hina.

Dosa aku, kalah bukit Uhud.

Banyak.

Lalu air mata mengalir deras. Pedih. Perit.

Dada terasa sesak.

Jahiliyah, kenapa kau tumbuh dalam hati aku?

...........................................

Air mata diseka.

Ukhuwah.

Ukhuwah, sahabat. Ukhuwah.

Tautan ukhuwah sekencang dakwah.

Ingat?



Lalu kini dakwah kita semakin lemah.

Tarbiyah kita semakin goyah.

Iman kita? Tak tahu apa khabar. Entah sihat entah tidak.

Ukhuwah juga entah apa cerita. Masing-masing busy.

Kau, aku, Ziyad, Fathi, Amer, Shuk.

Semua ada haluan masing-masing.

Hendak berusrah juga, jarang sekali cukup semua.

Kadang sorang takde, tertidur lepas kelas.

Kadang dua orang takde,  ada aktiviti persatuan.



Ah. Sibuknya kita.

Sibuk memberi alasan.

Sibuk dengan hal dunia.

Sibuk dengan hal dunia sampai terlupa, 
Allah juga ada ciptakan neraka.

Islamkah aku, kawan?



Islamkah aku?

Sibuk belajar. Ya, belajar satu jihad.

Lalu apakah aku lupa, dakwah tarbiyah ini jalan aku.

Bagaimana aku boleh berjihad tanpa jalan?

Bagaimana aku boleh berjalan tanpa pedoman?

Lalu pedoman aku Al Quran.

Lantas kotak minda diserbu soalan demi soalan.

Adakah benar aku membaca Al Quran?

Atau semuanya sekadar lisan, 
namun di hati langsung tak ada kesan?

Islamkah aku, kawan?

Bantu aku, 
jangan sampai tergelincir dari jalan ini.

Bantu aku, 
temui bahagia hakiki.

Bahagia kerana iman. 
Bahagia kerana Tuhan.

Bukan bahagia kerana dunia, 
bahagia yang sebenarnya hanya satu tipu daya.




No comments :

Post a Comment